Posts

Pelbagai jawatan disandang tanpa Gaji tapi dibayar BONUS

Salam kepada yang mengenali Akak Gojes dan juga baru mengenali Akak Gojes.... Akak Gojes kalu boleh hendak jer update blog ni setiap hari. Tapi semenjak PKPB ni terasa sibuk sangat. Walaupun bekerja di rumah, bukan setakat kena fikirkan kerja Akak Gojes sahaja tapi anak Akak Gojes pun belajar di rumah. Semuanya stay at home, buat keje at home, masak2 at home dan makan2 pun at home.  Boleh dikatakan hampir setiap hari, kerja sekolah anak Akak Gojes diberikan melalui whatapps. So, Akak Gojes akan printkan keje sekolah tersebut untuk diselesaikan dan dijawab oleh anak Akak Gojes. Nasib baik first PKP dulu, Akak Gojes sudah membeli printer. Kalu tidak bertabahlah wahai anak untuk menyalin semula soalan2 yang diberikan oleh cikgu. Semasa PKP ni, Akak Gojes menyandang jawatan cikgu yang tak bertauliah mengajar anak Akak Gojes. Bukan setakat cikgu biasa, CIkgu Besar dan Cikgu Disiplin pun Akak Gojes pegang juga... Banyak jawatan tapi tanpa GAJI, insya Allah BONUS akan dibayar di akhirat k...

Work From Home

Semenjak musim PKP lagi, Akak Gojes dah mula bekerja dari rumah dan ada juga hari ke pejabat. Akak Gojes siap membeli printer untuk memudahkan untuk print journal dan lain2. Lupa nak citer serba sikit pasal Akak Gojes ni. Akak Gojes ni masih bekerja sebagai Pegawai Kanan Kewangan dan kalu in english we call "Senior Accounts Executive". Agak lama juga Akak Gojes bekerja sebagai pembuat Akaun, hampir 20 tahun. Semasa kecil, Akak Gojes amat minat dengan mata pelajaran Matematik. After SPM, pabila dapat result SPM (pangkat satu), Akak Gojes memohon kemasukan Universiti. Tetapi kursus ditawarkan ialah kursus dalam bidang komputer. Jadi, Akak Gojes memilih sambung belajar di sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan. Akak Gojes belajar dalam jurusan perakaunan. Rupanya belajar Akaun ni susah juga. Tapi kerana kemahuan sendiri, Akak Gojes sanggup menempuhi segala onak duri untuk mengecapi kejayaan... Chewah. Alhamdulillah, Akak Gojes berjaya mendapat Diploma dalam Perakaunan dan juga l...

Pengenalan Diri Akak Gojes Gedik @ Kak Ita

  Assalamualaikum.... Saya biasakan diri saya dengan panggilan Akak Gojes. Tapi boleh jer panggil Kak Ita. Dua2 pun boleh. Tapi kerana dah biasa bahasakan Akak Gojes, so dalam setiap posting saya akan bahasakan dengan panggilan Akak Gojes. Akak Gojes ni suka sesuatu yang cantik, nyaman, tenteram dan ceria. Walaupun ada jer masalah tapi Akak Gojes think positive jer. Kalau kita asyik memikirkan yang negatif, akan bertambah serabutlah fikiran. Doa banyak2 pada Allah SWT, Insya Allah , Allah permudahkan segala urusan kita. Dah lama dah Akak Gojes ingin mempunyai blog sendiri. Alhamdulillah 7 October 2020 ni, baru terbuka nak create blog sendiri. Blog ni umpama diari laman sosial Akak Gojes. Kat sini nanti, Akak Gojes akan kongsikan serba sedikit pengalaman, coret-coret kehidupan dan sebagainya. Salam Perkenalan dari Akak Gojes😃