Pelbagai jawatan disandang tanpa Gaji tapi dibayar BONUS

Salam kepada yang mengenali Akak Gojes dan juga baru mengenali Akak Gojes....

Akak Gojes kalu boleh hendak jer update blog ni setiap hari. Tapi semenjak PKPB ni terasa sibuk sangat. Walaupun bekerja di rumah, bukan setakat kena fikirkan kerja Akak Gojes sahaja tapi anak Akak Gojes pun belajar di rumah. Semuanya stay at home, buat keje at home, masak2 at home dan makan2 pun at home. 

Boleh dikatakan hampir setiap hari, kerja sekolah anak Akak Gojes diberikan melalui whatapps. So, Akak Gojes akan printkan keje sekolah tersebut untuk diselesaikan dan dijawab oleh anak Akak Gojes. Nasib baik first PKP dulu, Akak Gojes sudah membeli printer. Kalu tidak bertabahlah wahai anak untuk menyalin semula soalan2 yang diberikan oleh cikgu. Semasa PKP ni, Akak Gojes menyandang jawatan cikgu yang tak bertauliah mengajar anak Akak Gojes. Bukan setakat cikgu biasa, CIkgu Besar dan Cikgu Disiplin pun Akak Gojes pegang juga... Banyak jawatan tapi tanpa GAJI, insya Allah BONUS akan dibayar di akhirat kelak. Aamin Ya Allah, Ya Mujib💗




Selama tempoh PKP ni, hampir setiap hari Akak Gojes memasak untuk suami dan anak. Sekurang2nya dapat berjimat sedikit. Biasanya Akak Gojes akan masak lebih sikit untuk diberikan kepada emak Akak Gojes. Kekadang tu, adik2 Akak Gojes pun dapat sama juga. Emak Akak Gojes semenjak ada masalah saraf, memang Akak Gojes tidak benarkan beliau masak atau melakukan aktiviti2 berat. So, kalu Akak Gojes tak sempat masak, adik Akak Gojeslah akan orderkan makanan untuk emak. Dahulu emak dan arwah abah yang menyediakan makanan kepada kami adik beradik. Sekarang, tibalah masa untuk kami pula berbakti walaupun jasa emak dan arwah abah tidak dapat kami membalasnya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Aamin Ya Allah, Ya Mujib. 




Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Diri Akak Gojes Gedik @ Kak Ita

Work From Home