Work From Home
Semenjak musim PKP lagi, Akak Gojes dah mula bekerja dari rumah dan ada juga hari ke pejabat. Akak Gojes siap membeli printer untuk memudahkan untuk print journal dan lain2.
Lupa nak citer serba sikit pasal Akak Gojes ni. Akak Gojes ni masih bekerja sebagai Pegawai Kanan Kewangan dan kalu in english we call "Senior Accounts Executive". Agak lama juga Akak Gojes bekerja sebagai pembuat Akaun, hampir 20 tahun. Semasa kecil, Akak Gojes amat minat dengan mata pelajaran Matematik. After SPM, pabila dapat result SPM (pangkat satu), Akak Gojes memohon kemasukan Universiti. Tetapi kursus ditawarkan ialah kursus dalam bidang komputer.
Jadi, Akak Gojes memilih sambung belajar di sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan. Akak Gojes belajar dalam jurusan perakaunan. Rupanya belajar Akaun ni susah juga. Tapi kerana kemahuan sendiri, Akak Gojes sanggup menempuhi segala onak duri untuk mengecapi kejayaan... Chewah. Alhamdulillah, Akak Gojes berjaya mendapat Diploma dalam Perakaunan dan juga lulus exam LCCI Part 2 & Part 3. Ini semua atas doa dan sokongan semangat daripada ibu bapa Akak Gojes. Kami datang dari keluarga yang sederhana. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yang berkat dan mencurah2 seperti air Zam-Zam. Selain bekerja, Akak Gojes dan suami buat part time berniaga pakaian bundle di Tapak Parking Pasar Borong Selangor setiap Sabtu dan Ahad dan dibantu oleh adik Akak Gojes dan adik ipar Akak Gojes. Team kami, Akak Gojes gelarkan Akak Gojes dan Pa n Ma Bundle.com.
Ok, kita sambung balik citer pasal work from home pula. Kekadang pabila work from home ni, jimat sikit duit perbelanjaan travel sikit. Tapi penatlah juga sebab Akak Gojes akan memasak menu untuk lunch and dinner. Tapi berbaloilah apabila kita masak. Lagipun anak dan suami Akak Gojes suka makan. Jika kita masak bolehlah makan bertambah.
Hari ni, bekalan air tiada disebabkan oleh pencemaran sungai berdekatan. So, hari ni Akak Gojes masak simple2 jer . Apalagi lauk Sambal Sardin dan telur goreng. Sedap betul, makan pula dengan nasi panas2 lagilah sodap gitu.. larilah diet Akak Gojes Gedik... hahahaha...
Comments
Post a Comment