Pengenalan Diri Akak Gojes Gedik @ Kak Ita
Assalamualaikum....
Saya biasakan diri saya dengan panggilan Akak Gojes. Tapi boleh jer panggil Kak Ita. Dua2 pun boleh. Tapi kerana dah biasa bahasakan Akak Gojes, so dalam setiap posting saya akan bahasakan dengan panggilan Akak Gojes.
Akak Gojes ni suka sesuatu yang cantik, nyaman, tenteram dan ceria. Walaupun ada jer masalah tapi Akak Gojes think positive jer. Kalau kita asyik memikirkan yang negatif, akan bertambah serabutlah fikiran. Doa banyak2 pada Allah SWT, Insya Allah , Allah permudahkan segala urusan kita.
Dah lama dah Akak Gojes ingin mempunyai blog sendiri. Alhamdulillah 7 October 2020 ni, baru terbuka nak create blog sendiri. Blog ni umpama diari laman sosial Akak Gojes.
Kat sini nanti, Akak Gojes akan kongsikan serba sedikit pengalaman, coret-coret kehidupan dan sebagainya.
Salam Perkenalan dari Akak Gojes😃
Comments
Post a Comment